Sistem Permohonan ke
Luar Negara

SPKLN adalah sistem dalam talian yang memudahkan permohonan perjalanan rasmi ke luar negara bagi penjawat awam, memastikan proses kelulusan lebih cepat dan teratur.
Log Masuk

Sistem Permohonan Ke Luar Negara (SPKLN)

Sistem Permohonan Ke Luar Negara (SPKLN) ialah platform digital yang dibangunkan untuk mengurus dan memproses permohonan perjalanan rasmi ke luar negara bagi penjawat awam. Sistem ini disediakan untuk semua jabatan dan agensi negeri dengan tujuan mengurangkan penggunaan kertas, membolehkan urusan permohonan dan kelulusan dilaksanakan tanpa had masa dan lokasi. Selain itu, SPKLN meningkatkan kecekapan dalam penyelarasan maklumat, mempercepatkan proses kelulusan, serta memastikan pemantauan yang lebih sistematik oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

Pengurusan Permohonan

Pemohon boleh membuat permohonan dan menyemak status permohonan secara atas talian.

Kelulusan & Semakan Status

Penyokong dan pelulus dapat menyemak dan mengesahkan permohonan secara dalam talian.

Keselamatan & Pematuhan

Memastikan pemohon memenuhi syarat dan peraturan sebelum kelulusan serta menyediakan rekod perjalanan untuk tujuan keselamatan dan pemantauan.

Pengurusan Dokumen Digital

Membolehkan muat naik dan pengurusan dokumen dalam talian, sekaligus mengurangkan penggunaan dokumen fizikal untuk proses yang lebih pantas dan efisien.

Permohonan Secara Atas Talian

Menyediakan platform digital yang cekap dan inovatif untuk pemohon mengurus
serta menghantar permohonan ke luar negara secara atas talian dengan pantas, selamat, dan tanpa kerumitan.

Hubungi kami jika anda perlukan sebarang bantuan atau pertanyaan.

Hubungi Kami
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Paras 45, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), 10503 Pulau Pinang

(+60) 4 650 5414 / 5457 / 5495 / 5164 / 5167